Mengapa Airbnb Menjadi Pilihan Para Pelancong Atau Traveler Seluruh Dunia?

Apa itu Airbnb.com?

airbnb, airbnb review, apa itu airbnb, pengalaman bercuti melalui airbnb, percutian murah airbnb, sewaan rumah airbnb, sewaan apartment airbnb, sewaan bilik airbnb, cara tempahan airbnb, tips mengenalpasti rumah yang sesuai airbnb, tips kenalpasti host airbnb yang sesuai, pengalaman melancong ke jepun, pengalaman melancong ke jepun dengan airbnb, airbnb coupon, pengalaman melancong dengan airbnb, pengalaman melancong ke hongkong disneyland, pengalaman melancong ke gold coast australia, pengalaman melancong ke gold coast australia menggunakan airbnb

Airbnb.com merupakan salah satu laman web yang sangat dikenali khususnya kepada mereka yang gemar untuk menempah rumah jenis Guest House. Airbnb.com kini mempunyai lebih daripada 800,000 senarai Guest House di lebih 33,000 bandar yang merangkumi hampir  192 buah negara di seluruh dunia.

Guest House merupakan jenis rumah tumpangan yang disewakan oleh pemilik rumah kepada tetamu. Terdapat pelbagai jenis kategori penginapan yang disediakan, antaranya ialah:
1. Sewa seluruh rumah (Entire house, private toilet)
2. Sewa bilik peribadi (Private room, shared toilet)

Untuk anda yang bercuti secara berkumpulan atau bersama keluarga tersayang, pastinya anda akan memilih penginapan jenis sewa seluruh rumah (Entire house, private toilet) yang merupakan pilihan yang paling sesuai. Berdasarkan pengalaman kami bercuti di Osaka, Jepun sebelum ini, penginapan jenis Guest House adalah pilihan yang terbaik kepada kami!

Susah ker nak buat tempahan guest house dengan Airbnb? Selamat atau tidak?

Nah! Ini adalah tips melancong bagaimana mudahnya untuk anda buat tempahan guest house melalui airbnb.com!

1. Daftar sebagai ahli Airbnb.com. Tiada bayaran diperlukan untuk tujuan pendaftaran.

2. Masukkan maklumat penginapan anda di ruangan seperti dibawah ini:

  • Lokasi penginapan (Disini kami memilih contoh iaitu Tokyo, Osaka)
  • Tarikh penginapan
  • Bilangan ahli kumpulan (12 tahun keatas dikira dewasa)
  • Jenis penginapan (Entire House / Private Room)
  • Tambahan: Anda juga boleh memilih jumlah bilik harga dan lain-lain di ruangan filter

tip melancong, pengalaman melancong, pengalaman bercuti, airbnb, airbnb review, airbnb coupon code, airbnb promo, airbnb malaysia, pengalaman menggunakan airbnb, cara tempahan airbnb, tips mengenalpasti rumah yang sesuai airbnb, tips kenalpasti host airbnb yang sesuai
3. Selepas anda menemui rumah yang sesuai mengikut citarasa serta bajet anda, sila hubungi host rumah anda untuk mengetahui availability rumah tersebut. Untuk mengubungi host, sila klik pada ruangan “Contact Host”.

4. Sekiranya rumah tersebut masih available (setelah mendapat pengesahan daripada host rumah), anda boleh meneruskan tempahan dengan membuat pembayaran menggunakan kad kredit anda. Untuk makluman anda, pembayaran harus dibuat secara PENUH sahaja (tiada deposit). Jika anda ingin membatalkan tempahan, anda harus rujuk “cancellation policy” host tersebut.

5. Selepas selesai proses pembayaran, host rumah yang anda tempah akan memberikan anda maklumat lanjut mengenai lokasi rumah, alamat rumah, password pintu rumah dan sebagainya.

Nota kecil: Pembayaran melalui kad kredit oleh pihak Airbnb.com dijamin selamat oleh pihak mereka. Anda boleh lihat maklumat untuk perkara ini – DISINI

BAGAIMANA? SUSAH KE UNTUK BUAT TEMPAHAN RUMAH @ APARTMENT @ BILIK DENGAN AIRBNB.COM? DAN JANGAN LUPA UNTUK DAPATKAN COUPON CODE @ PROMO PENJIMATAN DARI AIRBNB HEH! LIHAT INFO SETERUSNYA NANTI YA!