Setiap rumah yang tersenarai pastinya mempunyai ciri-ciri yang berbeza, seperti jumlah bilik, jarak rumah dengan lokasi train station yang terdekat dan sebagainya. Oleh itu, amat penting untuk anda memastikan rumah tersebut menepati citarasa anda.

Antara ciri-ciri rumah yang sesuai untuk anda pilih adalah:
1. Saiz rumah sesuai dengan bilangan ahli kumpulan

2. Jumlah bilangan bilik yang sesuai untuk ahli lelaki dan perempuan

3. Jarak rumah dengan stesen keretapi terdekat. Keretapi merupakan pengangkutan utama masyakarakat Jepun, terutamanya di Tokyo dan Osaka. Jika terdapat warga emas dalam kumpulan anda, pastikan jarak rumah dengan stesen keretapi sesuai untuk mereka.

4. Harga rumah hendaklah mengikut kesesuaian bajet anda. Sebagai contoh, harga yang tertera di gambar dibawah iaitu RM XX adalah merupakan jumlah harga keseluruhan penginapan anda dan tiada lagi bayaran tambahan selepas itu.

tip melancong, pengalaman melancong, pengalaman bercuti, airbnb, airbnb review, airbnb coupon code, airbnb promo, airbnb malaysia, pengalaman menggunakan airbnb, cara tempahan airbnb, tips mengenalpasti rumah yang sesuai airbnb, tips kenalpasti host airbnb yang sesuai

Mudah jek kan! Kini anda tidak perlu risau untuk kenalpasti rumah atau apartment serta bilik yang sesuai jika anda berminat untuk menggunakan Airbnb.com nanti ya! Pastinya dengan bantuan pengalaman menggunakan airbnb dari kami dapat memastikan urusan tempahan airbnb anda lebih mudah dan selamat…ameen!

Bagaimana pula nak pilih host house yang sesuai dengan Airbnb.com? Lihat maklumat seterusnya nanti!

Advertisements