Tips Melancong Semasa Bercuti Ke Luar Negara

Ya….betul memang seronok untuk pergi melancong. Tak kiralah jauh atau dekat mana-mana destinasi percutian yang anda pilih. Tapi kena ingat, kalo tak betul-betul plan, rosak nanti plan melancong anda samada secara solo, bekeluarga ataupun sahabat handai.

Ok! Jom lihat beberapa tips melancong yang kami amalkan untuk percutian ke luar negara :

    • Tips melancong yang pertama adalah….ya betul duit simpanan yang mencukupi! Cuma kena ingat bila dah cukup untuk anda melancong ke destinasi percutian bla bla bla sekalipun last minute boleh jadi cancel sebab PASSPORT telah tamat tempoh. Ini kerana sah tempoh bagi passport adalah tidak kurang daripada 6 bulan beb! So sila pastikan dahulu tarikh tamat pasport anda sebelum membuat sebarang tempahan untuk bercuti. Untuk sebarang bantuan, korang bleh semak sendiri di –>>> DISINI . Jangan pandang isu ini kecil ya… :). Dan buat kita yang kaki pinjam PTPTN sebagai contoh, semak nama anda samada ada dalam senarai yang dilarang keluar negara atau tidak. Semakan tersebut boleh dibuat –>>> DISINI
    • Tips melancong yang seterusnya adalah wang tunai @ cash in hand orang jawa cakap… πŸ™‚Β  Wang tunai yang mencukupi akan menjamin anda lebih selamat berbanding mempunyai 4-5 jenis kad kredit/debit. Ini kerana disesetengah tempat terpencil atau kedai kecil, wang tunai sahaja yang menjadi bentuk pembayaran yang diterima. Anda cakaplah kredit limit jenis premium sekalipon, mereka takkan layan punya… πŸ™‚ Buat pemegang kad debit/kredit ini, sila maklumkan kepada pihak bank untuk tujuan pengaktifan luar negara.
    • Buat tempahan tiket penerbangan pada waktu promosi adalah tips melancong popular di kalangan traveler yang boleh dilakukan atas sebab penjimatan kos perjalanan. Sebab memang anda akan lihat begitu jauh perbezaannya jika anda buat tempahan seawal 6 bulan sebelum berbanding hanya 1 bulan dari tarikh yang anda pilih untuk tujuan melancong tue. Tak percaya? πŸ™‚
    • Dan apabila tiket kapal terbang telah selamat di tempah, baru riki-riki atau buat carian untuk tempahan penginapan pula. Pelbagai cara yang sekarang boleh anda pilih samada buat tempahan secara terus @ online mahupun menggunakan khidmat agen pelancongan. Cuma macam sekarang nie, ramai yang gemar buat tempahan sendiri seperti di agoda, booking.com mahupun Airbnb. Tarikh tempahan bagi tempat percutian yang dipilih amat penting untuk anda lihat. Percutian di hari minggu atau hari biasa mempunyai kadar sewa yang berbeza. Buatlah pertimbangan mengikut bajet yang telah anda kumpul sebelum ini.

 

    • tips melancong, pengalaman melancong, pengalaman bercuti, airbnb, airbnb review, airbnb coupon code, airbnb promo, airbnb malaysia, pengalaman menggunakan airbnb, cara tempahan airbnb, tips mengenalpasti rumah yang sesuai airbnb, tips kenalpasti host airbnb yang sesuai, pengalaman melancong ke jepun, pengalaman bercuti ke jepun, tips melancong ke jepun

 

  • Penggunaan telefon semasa melancong antara tips melancong yang penting untuk diberitahu. Isu ROAMING adalah perkara penting disini. Pastikan anda telah aktifkan sebelum keluar negara kepada syarikat telco yang anda gunakan. Namun pilihan lain yang boleh anda buat adalah membeli simkad di negara tempat percutian yang anda pilih. Cara lain yang boleh difikirkan sesuai adalah menyewa POCKET WIFI di lapangan terbang bagi tujuan pengaktifan data internet yang lebih stabil di negara tempat anda bercuti itu nanti. Dan setelah semua selesai, pastikan anda hubungi pihak berkepentingan seperti keluarga, sahabat, jirang tetangga bagi tujuan keberadaan anda disana.
  • Biasa bila kita nak bercuti ini, isu cuaca antara perkara yang penting untuk persediaan diri. Adalah penting untuk anda sihat sebelum anda bercuti. Bagi yang ada sebarang penyakit samada darah tinggi, kencing manis, kolestrol mahupun asma, pastikan bekalan ubat-ubatan dibawa setelah mendapat khidmat nasihat dari doktor. Mana syok kalo dah demam-demam nak melancong kat tempat sejuk kan…. πŸ˜€
  • Apabila anda selamat mendarat di negara dimana tempat percutian yang telah anda pilih, pastikan bagasi anda berada hampir dengan anda! Tanda nama yang jelas dan unik pada bagasi amatlah penting bagi mengelakkan sebarang pertukaran sesama bagasi dengan pelancong lain. Dan tips lain yang boleh anda guna adalah, gunakan warna bagasi yang pelik2 untuk memudahkan proses pencarian bagasi anda nanti di lapangan terbang. Biasanya warna bagasi lebih kepada warna GELAP berbanding warna TERANG….tak percaya lihat masa tunggu bagasi anda di lapangan terbang… πŸ™‚
  • Setiap negara mempunyai undang-undang yang berbeza. Sila cari maklumat terkini mengenai undang-undang di negara yang anda pilih untuk bercuti nanti. Jangan sampai kena saman atas perkara-perkara kecil yang mungkin di tempat kita tiada masalah. Bak kata orang jawa laa….lain warna kuah asam pedas, mesti lain punya rasanya… πŸ™‚
  • Pilih samada selesa untuk membawa kamera atau HP yang mempunyai pixel yang tinggi untuk tujuan mengambil gambar disana nanti. Dapatlah nanti anda kongsikan momen @ kenangan anda bersama keluarga mahupun kawan-kawan.Hmmm…apa lagi heh tips melancong yang biasanya anda buat sebelum atau semasa melancong ke luar negara? Jom share diruangan komen dibawah ini untuk tujuan perkongsian ilmu bersama…
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s