Sudah hampir sedekad lamanya, Malaysia antara salah sebuah destinasi pilihan para pelancong dari seluruh dunia. Sejak dari awal 1980an, sektor pelancongan kekal sehingga hari ini antara salah satu sektor penting dalam ekonomi negara.Terkesan dengan isu kehilangan kapal terbang MAS MH370, kehadiran pelancong terutama dari negara China turut berkurang. Akan tetapi ia sebenarnya telah membuka lembaran baru kepada kehadiran pelancong dari negara lain yang masih belum mengenali malaysia. Hampir setiap tahun, Malaysia giat mempromosikan serta memberikan tips melancong samada di dalam mahupun luar negara.
Tidak hanya dengan penubuhan pejabat-pejabat pelancongan di merata tempat, promosi samada dalam media cetak mahupun sosial sangat memberangsangkan. Dengan nama tema-tema tahunan yang menarik seperti ‘Visit Malaysia 2007’, “Cuti-Cuti Malaysia 2012”, “Tahun Melawat Malaysia 2014” dan “Tahun Festival (MyFest) 2015” terus merancakan lagi indusri pelancongan di negara tercinta kita ini.
Dan yang terbaru, bagi menarik semula para pelancong dari negara China, kerajaan telah memansuhkan penggunaan visa kepada pelancong dari negara yang mempunyai populasi penduduk terbesar didunia ini. Dan secara tidak langsung, kehadiran pelancong dari luar negara berlaku secara kerap untuk mengunjungi Malaysia.
Antara negara-negara yang aktif melawat negara Malaysia termasuklah dari pelancong-pelancong dari negara Singapura, Indonesia ,Thailand, Brunei, Myanmar, India, Australia, United Kingdom, Jepun, New Zealand , Russia, Iran, Afrika Selatan, Perancis, China dan Amerika Syarikat. Ini secara tidak langsung memberi banyak faedah kepada negara hasil dari industri pelancongan ini.
Antara faedah-faedah yang diperolehi negara Malaysia selain daripada aktiviti ekonomi, industri pelancongan ini dapat :
1) Dapat memperkenalkan keindahan Hutan Malaysia.
Malaysia sebenarnya dipenuhi dengan landskap alam semulajadi serta Hutan Hujan Tropika yang masih lagi terpelihara sejak berjuta tahun yang lalu. Hutan ini kaya dengan pelbagai tumbuhan dan hidupan liar termasuklah 2,500 spesies pokok, 200 spesies mamalia, 600 spesies burung, 110 spesies ular, 80 spesies cicak dan beribu-ribu serangga yang masih lagi hidup dengan baik. Hutan kita juga memainkan peranan penting di dalam perlindungan serta pemeliharaan disamping mempunyai keunikan dan keindahan pemandangan alam yang tersendiri bagi memenuhi keperluan rekreasi dan eko-pelancongan. Dan Antara hutan lipur menarik termasuklah Tasik Dayang Bunting (Kedah), Taman Eko-Rimba Lata Kijang (Perak), Gunung Nuang (Selangor), Gunung Belumut (Johor) dan Jeram Linang (Kelantan).
2) Dapat memperkenalkan keindahan pulau-pulau di Malaysia.
Ironinya, Pulau-pulau di Malaysia umpama pagar yang memagari Malaysia antara kawasan Barat dan kawasan Timur. Pelbagai keindahan pulau boleh diterokai oleh semua pelancong samada dari domestik mahupun luar negara. Antara pulau-pulau yang menjadi tarikan kunjungan pelancong dari dalam dan dari luar negara sepanjang tahun termasuklah Pulau Sipadan, Pulau Tioman, Pulau Kapas dan Pulau Perhentian. Pulau Tioman yang merupakan destinasi percutian pulau yang paling mempesona di Laut China Selatan. Atas faktor inilah, Pulau Tioman pernah menjadi salah sebuah lokasi penggambaran filem muzikal Hollywood, ‘South Pacific’ pada tahun 1959.
3) Pelancongan dapat membawa pelancong merasai kehangatan penganjuran sukan antarabangsa.
Hampir setiap tahun penganjuran sukan bertaraf dunia sering diadakan di Malaysia. Antaranya termasuklah sukan Formula 1, Sukan Motogp yang turut disertai oleh penunggang dari malaysia seperti hafiz syahrin. khairul idham pawi, zulfahmi khairuddin dan ramai lagi. Tidak cukup dengan itu, sukan seperti Piala Monsun, Le Tour De Langkawi, turut merancakkan lagi kedatangan pelancong dari seluruh pelusuk dunia datang ke malaysia. Adakah anda masih ingat lagi dengan sukan komenwel 1998 yang mana kita telah menjadi tuan rumah buat julung kalinya….dimana anda pada ketika itu?Konklusinya, penganjuran sukan pada peringkat antarabangsa terbukti mendatangkan pelbagai kesan positif terhadap perkembangan Malaysia. Di samping itu, kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan bagi mengangkat martabat Malaysia di pentas antarabangsa. Pihak kerajaan terutamanya haruslah sentiasa membida hak untuk menganjurkan kejohanan sukan bertaraf antarabangsa dengan lebih kerap agar negara Malaysia akan lebih dikenali.
Fuhhh…panjang lebar intro saya pasal pelancongan nie tadi…soalan mudah saya…
Anda akan seorang kaki melancong?Syok ke melancong nie?Ada pengalaman melancong @ bercuti yang menarik tak?Dan bila bercuti biasanya buat tempahan penginapan sendiri atau pakai ejen pelancongan?
Adakah anda tahu mengenai Airbnb – lubuk pelancongan murah bagi tujuan penginapan apartment, rumah serta bilik?
Betul ke Airbnb Lubuk Penginapan Pilihan Pelancong @ Traveler Bagi Sewaan Apartment, Rumah @ Bilik Yang Murah?Tips melancong seterusnya pasti membuatkan anda rasa tak sabar-sabar nak melancong ke seluruh dunia beb!